Sudah Boleh Pasangkah Lagu Raya?

Apa khabar semua?

Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang dan sesuatu yang dinantikan. Jika carian google dengan kata kunci yang di cari menunjukkan banyak keputusan ditemui dengan apa yang saya mahukan, maka saya ingin juga menulis tentang itu. Dengan beraninya, saya menulis artikel ini dengan menggunakan Bahasa Melayu. Sudah lama saya ingin menggunakan “Bahasa” atau Melayu, tetapi tidak terdaya untuk menulis memandangkan pembaca kesemuanya menggunakan Bahasa Inggeris yang sangat sempurna. Jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris saya sebelum ini, kebanyakkan mempunyai kesalahan tatabahasa yang banyak, salah perkataan dan sebagainya.

Hakikatnya, saya mahu menulis dalam Bahasa Inggeris. Akan tetapi, tajuk ini sangat susah untuk diceritakan dalam Bahasa Inggeris. Walaupun, boleh menggunakan perkhidmatan penterjemahan dari Google atau Google Translate. Sebelum ini, saya menerima pengikut yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri dengan jayanya. Tidak dinafikan, pantun dan puisi dalam bahasa Melayu juga sangat bagus. Malah, pantun dan puisi dalam pelbagai bahasa juga sangat menarik.

Berbalik pada tajuk besar diatas, hari ni sudah masuk sebelas hari berpuasa. Saya tidak pasti jika stesen radio sudah memainkan lagu raya. Sebenarnya, saya sudah lama tidak mendengar radio sepenuhnya memandangkan pemain MP3 penuh dengan lagu-lagu dan komputer riba saya penuh dengan fail muzik. Cuma, semenjak kedatangan bulan puasa saya hanya buka radio untuk mendengar Azan untuk berbuka puasa. Ditempat tinggal saya ada surau, tetapi masjid agak jauh. Jadi, tidak dapat mendengar Azan dari masjid. Saya tidak pasti jikalau lagu raya sudah didendangkan di radio. Akan tetapi, saya kadang-kala buka lagu raya dari komputer riba sebab teringin sangat untuk mendengar lagu raya. Tetapi, tidak dipasang dengan kuat memandangkan dan rasa tidak tepat pada masanya lagi untuk mendengarnya.

Dalam konteks ini, carian google memaparkan banyak keputusan, dengan apa yang saya lihat dari empat daripadanya hanyalah catatan peribadi tentang “bila boleh dengar lagu raya?” tidak secara karangan yang panjang kecuali satu monolog peribadi yang sangat bagus. Pendek kata, ini juga bukan karangan tetapi sebuah garapan tentang apa dan secara peribadi juga. Ketika catatan ini di tulis, saya tidak mendengar lagu raya. Tetapi, saya mendengar lagu Jepun dan lagu Cina, tanpa saya sedari saya juga turut menyanyi sama.

Menyedari hakikat di atas, saya juga telah lari dari tajuk yang sepatutnya. Jadi, bila boleh dengar “lagu raya”?

Bagi saya, bila tiba masanya saya akan buka lagu raya dan memperdengarkan secara kuat dalam bilik saya. Kenapa bilik sahaja dan tidak satu rumah untuk didendangkan? Dari bilik saya, sudah sedia dengan pembesar suara kecil tetapi boleh didengari seluruh rumah dan kejiranan memandangkan saya di rumah teres. Saya tidak takut dan segan untuk memasang dengan agak kuat tapi tidak seperti di konsert. Jiran saya juga setiap hari ada konsert, kenapa? Mendidik anak dengan kesalahan terlampau dan menggangu kejiranan. Opps!

Kesimpulannya, daripada tajuk di atas yang sama sekali bercampur-campur cerita. Tidak dinafikan, banyak sangat yang peristiwa dan keadaan memaksa saya menulis. penulisan ini tiada format dan mungkin mengandungi kesalahan tatabahasa melayu dan juga kesalahan ayat majmuk dan pelbagai ayat yang pemahaman melayu yang belum sempurna. “Lagu raya” mungkin lebih seronok didengari lagi dua minggu apabila hendak menyambut raya. Walhal, saya pasti stesen radio swasta di negara ini mungkin sudah pasang “lagu raya“, tidak pasti sekarang kerana sudah lama tidak buka radio. Rasa malas mungkin ada untuk melayari pada internet kerana sudah lama tidak mendengar radio. Akan tetapi, koleksi lagu raya sudah tersedia dalam folder. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk didengarkan.

Sekian.

Terima kasih sudi melihat, menyukai dan membaca.

unnamed

Lirik Sesuci Lebaran dari Dato Siti Nurhaliza

*Catatan: Lagu rayafestival song for eid ul-fitr

Happy Eid-ul Fitr

In every shared smile and laughter; In every silent prayer answered; In every opportunity that comes your way – may Allah bless you immensely! Eid Mubarak

Purify your hearts with the remembrance
Enlightened soul with love
Through the day with a smile
Set step with gratitude
Purify the heart with an apology
congratulations Idul Fitri
Minna wa Minkum TaqobbaLallaHu
Minal aidzin wal faidzin
Please forgive Born n Batin…

1437H/2016M

wish english

“Happy Eid ul Fitr” to followers, family and friends;

#wordpress #instagram #twitter #selamatharirayaaidilfitri #maafzahirbatin #malaysia #1437h #2016m #azzarazaeynal